Saturday, 22 August 2015

PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH




Ke hulu, ke hilir ku berjalan,
mencari hala tujuan,
menongkah arus kehidupan,
mengenal watak dan peranan,
membongkar hakikat penciptaan,
meneroka keindahan,
menimba ilmu dan pengalaman.
Ke hulu, ke hilir ku berkelana,
adakalanya ku terlena,
ada masanya ku terpesona,
tertipu dek suasana,
yang pada hakikatnya hanyalah fatamorgana.
Pencarian ini akan diteruskan,
dengan seribu doa dan harapan,
mendamba ampunan,
dan petunjuk sepanjang jalan,
agar daku tak ketinggalan,
agar daku tak kerugian,
agar kelak di penghujung jalan,
daku bersama muqarrabin dan golongan kanan

Ghazi – Petaling Jaya – 2 April 2009

Wednesday, 1 July 2015

Anak Rohingya di susukan Anak Stateless di Sabah di biarkan !!

Malaysia adalah salah sebuah negara yang aman jika di bandingkan dengan negara-negara yang ada di sekelilingnya. Dengan penduduknya perbagai di antaranya Melayu, Cina dan India  dan beberapa etnit yang ada di Sabah seperti KAdasan,Dusun, Bajau,Bugis dan sebagainya. Di bulan ramadan yang mulia seperti ini ianya di penuhi dengan amal ibadah  seperti bersedekah dan beribadah agar segalanya mendapat keberkatan  dari allah S.W.

Saya begitu terharuh dengan keperihatinan yang di tunjukkan oleh sebilangan rakyat  Malaysia yang begitu perihatin untuk membantu  golongan yang sangat memerlukan. Bukan saja dari segi harta benda tapi bantuan dari sokongan moral juga  telah diberikan dan akan diberikan dalam bulan puasa yang mulai ini.

Terlihat aku di mana ianya tersiar di siaran-siaran TV tempatan dimana anak-anak pelarian Rohingya diraikan dalam perbagai majlis berbuka puasa yang di anjurkan oleh pihak-pihak yang begitu perihatin. Bukan saja makan dan minum di sediakan, tetapi kelengkapan pakaian untuk pelarian ini siap di sediakan untuk menyambut lebaran dan kemenangan umat islam menahan nafsu akan di raikan. Mereka ini kebanyakkan nya beragama islam tapi iras wajah mereka sangat berlainan dengan anak-anak yang ada di Malaysia.

Aku teringat kembali akan anak-anak Stateless yang ada di Sabah.  Mereka ini adalah lahir dan membesar di negeri Sabah. Mereka hanya memiliki dokumen pengenalan diri seperti "Birth Certificate'" Ataupun lebih glamour dengan panggilan "surat beranak oleh orang-orang Sabah.  Yang mengharukan saya mereka ini masih bersatus "Stateless" dan sentiasa lari dan lari dari pihak berkuasa.

Sampai bilakah keadaan ini akan terus berlaku , mereka ini juga pembayar GST dan mereka juga ini yang menggunakan segala kemudahan awan dan sebagainya yang ada di Negeri Sabah. Apakah status kerakyatan mereka? Ini lah persoalan yang sering bermain difikiran saya dan mejoriti penduduk Sabah yang yang begitu perihatin dalam perkara ini.

Kenapakah anak-anak rohingya ditatang bagai minyak yang penuh sedang terang-terang fakta menunjukkan mereka ini pelarian dna kenapa mereka di berikan layanan yang sangat baik jika di bandingkan dengan anak-anak stateless yang ada di Sabah!!.

Seharusnya kerajaan memandang berat akan perkara ini, jika mereka ini diputihkan mungkin mereka boleh di guna pakai sebagai tenaga kerja yang sah dan mereka boleh menyumbang kepada kemajuan dan kemakmuran negara. Daripada mengimpot 1.5 juta tenaga kerja dari Bangladesh ada baiknya stateless ini di gunakan sebagai tenaga kerja yang sah!!.

Apapun di harap pihak kerajaan memandang berat akan perkara ini kerana mereka semangkin bertambah dan jika di biarkan berterusan ianya nanti akan mendatangkan masalah terutama sosial dan ekonomi Malaysia.

Salam dari bumi Balung...

Tuesday, 30 June 2015

DSP MUSA & DATUK TAWFIQ DEKATI MAHASISWA/I DI PERANTAUAN

Majlis Berbuka Puasa Bersama Mahasiwa dan Mahasiswi Bersama Ketua Menteri Sabah Y.A.B Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur.



Dalam keadaan yang sibuk insan ini sempat meluangkan masa dan beramah mesra dengan pelajar-pelajar yang berasal dari kampung halaman nya. Walaupun hanya seketika kerana waktu yang sangat terhad, sempat juga memberikan kata-kata peransang untuk pelajar-pelajar ini meneruskan pengajian taapa sebarang gangguan dari anasir luar yang sentiasa mengambil peluang untuk mengganggu penumpuan pelajar.




Alhamdulillah sempat  juga mengambil gambar bersama-sama pelajar yang berasal dari Tawau. Diharap dengan kerendahan hati dan keikhlasan nya dalam mendekati siapa saja akan menjadi pemangkin dan peransang kepada pelajar-pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dan menggenggam segulung ijazah dan kembali ke kampung halaman dan seterusnya mencurahkan bakti, tenaga, kepakaran dan sebagainya dalam memastikan anak bangsa akan terus berdiri sama tinggi dengan bangsa lain.

Tahniah, terimakasih dan salam ramadan.

Salam dari Bumi Balung..............

Monday, 29 June 2015

Orang Kampung Tator Tawau terbaik dalam penghasilan sayuran

Pertanian di Malaysia membentuk dua belas peratus daripada KDNK negara. Enam belas peratus daripada penduduk Malaysia bekerja melalui sejenis pertanian. Ladang yang besar-besaran telah ditubuhkan oleh British. Ladang-ladang ini membuka peluang kepada tanaman baru seperti getah (1876), kelapa sawit (1917), dan koko (1950). Beberapa tanaman ditanam untuk tujuan domestik seperti pisang, kelapa, durian, nanas, beras, rambutan.
Gambar hiasan

Gambar Hiasan

Apa yang membimbang kini ialah kebanyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran kita telah di import untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia. Sebagai salah sebuah Negara yang mempunyai taburan hujan yang mencukupi dan mempunyai tenaga buruh yang agak mudah di perolehi apakah senario ini baik untuk Negara. Sudah semestinya tidak. Kita terlalu bergantung kepada import makanan sehinggakan kita lupa akan kebaikkan nya jika kita menghasilkan nya sendiri.


Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Tanah-tanah pertanian masih banyak yang kosong untuk di usahakan. Anak-anak tempatan masih banyak yang menggangur dan jika mereka di berikan latihan dan peluang yang secukupnya sudah pastinya ianya akan memberikan pendapatan yang lumayan dan seterusnya menyumbang kepada pendapatan dan kepeerluan rakyat Malaysia.
Perbagai agensi kerajaan sememangnya ada dan tak di nafikan akan usaha yang mereka telah lakukan. Tapi adakah kita pernah berfikir untuk meningkatkan hasil ataupun mengeluarkan produk yang lebih bermutu? Sebagai contoh kalau seeker tanah boleh mengeluarkan 100 kg sayur adakah kita pernah berfikir dan berusaha untuk mengeluarkan 500 kg untuk seekar tanah. Kedengaran nya agak mustahil tapi pada saya tiada yang mustahil jika penyelidikan berterusan dan usaha yang bersungguh-sungguh pastinya akan memberikan keputusan yang memberangsangkan.
Gambar Hiasan


Dalam apapun yang kita lakukan dan usahakan pengetahuan adalah segalanya, takkan kita masih menggunakan kaedah lama dan menghasilkan produk yang sama, sedangkan Negara luar yang mempunyai tanah yang terhad dan mempunyai iklim yang kurang sesuai untuk pertanian tetapi boleh Berjaya!!.  Sampai bilakah kita akan terus berpuas hati dengan apa yang kita miliki sekarang? Ataupun kita sebagai rakyat Malaysia sentiasa berbangga dengan teknologi yang sedia ada sekarang..

Salam dari Bumi Balung…..

Saturday, 27 June 2015

BALUNG KINI, "SEMUANYA ADA DI BALUNG ADA DI BALUNG"

Kegembiraan terpancar di setiap riak wajah penduduk Balung kini apabila melihatkan kemajuan yang ada di sekitar Pekan Balung. Di dahului dengan pembinaan sekolah Menengah untuk memudahkan penduduk menimbah ilmu Balung juga mempunyai IPG dan UITM yang tersergam indah dan sedia menerima pelajar yang layak untuk menuntut ilmu di Institusi pengajian tinggi tersebut.





Terbaru pembinaan pembesaran jalanraya Balung dari satu hala ke dua hala sedang di jalankan. Ianya sepanjang hampir lebih kurang 14 kilometer menghubungkan lapangan terbang Tawau dan menghampiri 'check point" Tawau Semporna. Projek ini di jangka siap pada penghujung 2016.






Dengan siapnya  jalanraya dua hala ini nanti ianya akan memberikan keselesaan kepada pengguna jalanraya yang melaluinya. Di samping itu juga pengguna-pengguna jalanraya akan dapat menjimatkan masa perjalanan.  Pengguna akan berasa amat selesa bila menggunakan jalan ini kerana tiada kesesakan. Ianya juga akan memberikan jaminan keselamatan kepada pengguna jalanraya yang menggunakan nya.




Penghargaan juga harus di berikan kepada pihak ADUN Balung kerana berusaha memastikan Balung sentiasa membangun seiring dengan DUN lain yang ada di Sabah. Di samping itu juga adalah di harapkan agar DUN Balung terus maju dan maju dari segi infrastruktur dan kemudahan asas yang lain  untuk memberi keselesaan dan kemudahan kepada penduduk Balung khasnya dan Tawau am nya.





Selamat datang ke Pekan Balung dan berhati-hati semasa memandu...

Salam dari Bumi Balung...............






KSN DAN DATUK TAWFIQ TITINGAN BERSAMA PENDUDUK APAS

Sekali lagi penduduk-penduduk Kampung Batu 15 Jalan Apas Tawau merasa amat bertuah pada kali ini. Sempena bulan ramadan yang penuh dengan keberkatan kali ini Surau Kampung ini sekali lagi mendapat perhatian daripada pemimpin tertinggi negara untuk di kunjungi. Pemimpin yang di maksudkan ialah tidak lain dan tidak bukan ialah Ketua Setiausaha Negara Malaysia Tan Sri Dr. Ali Bin Hamsa. Dalam rangka lawatan rasmi beliau dan dalam kesibukan dan jadual waktu yang sangat padat kesempatan juga di ambil oleh Tan Sri untuk singgah dan beramah mesra dengan penduduk-penduduk setempat. Sempena denga bulan yang berkat ini Tan Sri juga berkesempatan menghulurkan sedikit derma untuk tabung Surau berkenaan.




Kunjungan beliau kali ini di di temani oleh semua kepimpinan tertinggi Barisan Nasional Tawau terdiri dari pada Menteri Belia Dan Sukan Sabah Dtuk Tawfiq Abu BAkar Titingan yang memang sinonim dan di sukai ramai oleh penduduk kampung, Datuk Syed Abas Bin Syed Ali, ADUN Balung, Datuk Mary Yap Timalan Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Hajjah Rosdianah Mohd Said Ketua Wanita Umno Tawau, rombongan AJK Bahagian Tawau, pegawai-pegawai persekutuan  dan orang -orang awam yang tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan Tan Sri KSN Malaysia.




Adalah di harap kan dengan kunjungan julung kalinya daripada KSN Malaysia ianya akan memberikan ledakan pembangunan di daerah Tawau, akan memberikan impak yang besar  kepada sektor awam yang ada di Tawau khasnya dan Sabah am nya, akan memberikan keselesaan dan kepuasan kepada pelanggan yang menggunakan khidmat dari perkhidmatan awam Malaysia.

Tahniah juga kepada kepemimpinan tertinggi Barisan Nasional Tawau terutama Menteri Balia dan Sukan Sabah kerana sudi turun kelapangan, beramah mesra dengan penduduk setempat  dan berkenal-kenalan sambil menghulurkan sedikit sumbangan pada kanak-kanak dan jemaah yang hadir pada malam tersebut.



Tahniah juga kepada pihak pengurusan surau yang selama ini menjalankan tugas dengan sangat baik  bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar dan sempurna dan semoga allah sentiasa memberikan rahmat dan kebahagiaan kepada hambah Allah yang telah memberikan dana dan sumbangan tenaga bagi membina surau untuk kemudahan penduduk kampung menunaikan ibadah dan seterusnya beriadah bersama penduduk setempat.

Semoga allah sentiasa memberikan keberkatan kepada semua umat islam  yang ada di Malaysia dan seluruh dunia..... Amin.

Salam dari bumi Balung............