Tuesday, 23 June 2015

Bajuku baju hari raya "halaka" !!!!

  Sudah hampir seminggu umat islam di Malaysia menunaikan ibadah  puasa di bulan ramadhan yang mulia ini. Dalam keadaan yang sederhana umat islam mengerjakan rukun islam yang kelima ini denga penuh sabar dan penuh redha menempuh segala ujian dan rintangan yang mendatang. Seperti bulan-bulan puasa sebelum ini bulan puasa kali ini di jalani dengan keadaan yang serba sederhana, maklum saja lah keadaan ekonomi semasa yang menghadkan untuk orang-orang seperti kami untuk berbelanja mengikut kemahuan.


"Halaka", "Tuan-tuan" atau "Pakistan" nama yang tidak asing bagi kami yang tinggal di ladang-ladang dan jauh dari bandar. Mereka ini adalah peniaga pakaian dan segala jenis keperluan rumah yang di perlukan akan di jual oleh mereka. Teringat zaman kecil dahulu ketika mula bulan puasa. Kami akan menunggu "Halaka" ini dengan penuh sabar untuk datang kerumah kami dengan barang dagangan nya. Mana tidak nya semua pakaian raya di beli hanya dengan "halaka". 

Dengan bayaran hanya serendah RM 10  anda boleh memiliki apa jua jenis baju yang di idam kan dengan syarat hutang kena di jelaskan pada tiap-tiap bulan. Pernah terjadi di mana di pagi raya hampir semua baju raya yang kami pakai sama dengan kawan-kawan yang lain , mana tidak nya dari tuan-tuan yang sama tapi itu bukan lah penghalang untuk kami beraya dengan bangga nya kerana bagi kami asal ada baju baru untuk di pakai sempena hariraya yang mulia ..

Bersambung....