Monday, 15 June 2015

Sedari dan fahami kemampuan diri !!!

Tertarik dengan satu pos yang saya terlihat di ruangan muka buku baru-baru ini. Pada hakikatnya perbelanjaan pada masa kini telah meningkat dengan mendadaknya samada untuk perbelanjaan isi rumah dan sebagai nya.



Setelah membaca status yang di tulis oleh seorang rakan "muka buku" aku teringatkan seorang rakan yang suatu masa dulu mengalami perkara sedemikian. Kisahnya begini;

Kawan ku itu berusia dalam lingkunagn 40 an. Mempunyai 4 orang anak  dan semua anak rakan saya itu bersekolah .  Pendapatan isi rumah nya sekitar tiga ribu sebulan. Seorang yang menerima BR1M setiap tahun. Dengan pendapatan yang sedemikian beliau membesarkan anak dan menggunakan pendapatan nya dengan penuh berhati-hati dan berjimat dalam segala hal. Beliau mempunyai sebuah rumah Kos sederhana rendah dan membayar ansuran bulanan sekitar RM 400. Hasil daripada jimat cermat selama ini dia berjaya membeli sebuah rumah walaupun rumah itu bukan idamannya tapi dia sangat bersyukur kerana telah memiliki nya.

Astro dia tak pasang kerana baginya ada siaran TV percuma yang kerajaan telah berikan. Aku tergelak seketika bila dia nyatakan sewaktu anak nya kecil dia lansung  tidak pernah menggunakan pampes pakai buang kerana baginya ianya agak mahal. Anak nya hanya di pakai kan lampin pakai buang apabila hendak berkunjung kerumah ibibapa ataupun pak mertua untuk mengelakkan ekonomi keluarga  di ketahui.  Elektrik dan air memang tak dapat di elakkan kerana ianya memang kegunaan harian dan hanya boleh di kurangkan penggunaan nya. Talipon bimbitnya pula hanyalah yang biasa.

Walaupun dalam keadaan yang sangat sederhana saya tengok mereka hidup dalam keadaan yang gembira cukup dalam segala hal jika di bandingkan dengan rakan nya yang berpendapatan sama. Punyai kereta yang tak ada hutang dan lansung tidak punyai hutang kecuali hutang rumah.

Kini rumah miliknya telah pun di sewakan dalam kadar RM 500 sebulan dan lebih menyayat hati saya dengar hasil duit sewa rumahnya di gunakan untuk menampung perbelanjaan yuran pengajian nya di OUM yang elama ini cita-citanya ingin memiliki segulung ijazah telah terbantut kerana kekangan ekonomi keluarga.

Apa pun aku doakan rakan ku ini agar sentiasa tabah dalam mengharungi liku-liku hidup yang kian mencabar dan tercapai segala yang di idamkan. Kerana bagi nya yang sedikit tidak akan cukup kalau tak di "cukupkan" dan yang banyak juga tidak akan cukup kalau tak di rancang penggunaan nya.

Selamat membaca.

Salam dari bumi Balung...