Jam baru menunjukkan pukul 3.30 pm tapi deretan gerai-gerai telah didirikan bagi menyambut pengunjung-pengunjung yang bakal tiba. Asap dari pembakaran arang sudah mula kelihatan, jeritan para peniaga sudah mula kedengaran dan kesesakkan mula berlaku.
Itulah sedikit suasana yang agak meriah di Bazaar Ramadan Taman Sawit Balung sempena bulan ramadhan yang mulia ini. Pelbagai juadah yang ada untuk untuk di jual untuk para pengunjung yang menggemari kueh mueh dan lauk pauk ala kampung.
Terpancar kepuasan dapat di lihat dari setiap peniaga gerai yang ada, mana tidak nya setiap hari ramai pengunjung yang datang dan membeli belah ataupun membeli juadah untuk berbuka puasa. Jualan tidaklah tertumpuh pada juadah berbuka puasa sahaja, jualan basah seperti ikan dan sayur-sayuran tersediah untuk di jual untuk tujuan persediaan untuk sahur di subuh hari.
Jangan lupa berkunjung ke Bazaar Taman Sawit Balung dan nikmati jualan juadah berbuka puasa yang perbagai jenis yang terdapat di sana.
Salam ramadhan dari Bumi Balung...........