Saturday, 20 June 2015

Kampung Wakuba Kini

Kelmarin sempat meluangkan masa menikmati keindahan alam di sekitar perkampungan yang ada di sekitar Daerah Balung. Tempat yang ingin di tuju ialah sebuah perkampungan nelayan yang letaknya kira-kira 10 km dari pekan Balung.




Sebelum sempat sampai ke perkampungan Inderasabah, saya terlihat satu papan tanda yang tertulis Kampung Wakuba. Terdetik di hati saya ingin melalui jalan tersebut. Maklum sajalah sudah lebih empat puluh tahun saya tinggal di kawasan Balung belum pernah lagi saya berkunjung ke tempat yang bernama Kampung Wakuba. Selama ini hanya mendegar perkataan Wakuba saja dari kawan-kawan yang memang ramai tinggal di kampung tersebut.
Jalan Wakuba Inderasabah

Keadaan jalan sangat baik dan setaraf dengan jalan-jalan yang ada di daerah Tawau.  Sangat sunyi dan tenang semasa memandu kerana kenderaan yang melalui jalan tersebut sangat kurang. Mungkin saja ramai pengguna jalanraya sedang berehat bersama keluarga dan menguruskan hal-hal sendiri di bulan ramadhan yang mulia ini.

Setelah hampir 10 minit memandu saya terjumpa satu papan tanda yang tertulis SK Wakuba Tawau. Di benak fikiran ku inilah Kampung Wakuba?. Seperti selalunya nama sekolah yang ada di namakan sempena dengan nama kampung tersebut.


Keadaan kampungnya agak sederhana rumah-rumah yang di bina agak teratur. Kenbanyakkan penduduknya berbangsa melayu seperti dari pemerhatian mata kasar saya. keadaan kampung kelihatan tenag dan sejuk mata memandang , mana tidak nya pokok-pokok buah-buahan tengan mengeluarkan buah nya terutamanya pokok mangga. Oh... indahnya Kampung Wakuba.

Dalam pada saya tengah sibuk menikmati keindahan dan kebersihan Kampung Wakuba tiba-tiba aku di sapa oleh seorang warga emas yang berumur dalam lingkungan 60 an. " Kenapa tangkap gambar nak,  ada yang tidak butul kah"!. Saya terus menjawab, " tidak lah pakcik saya baru menjejakkkan kaki ke Kampung ini, selama ini saya hanya menyangkakan penduduknya tidak ramai, rupanya selama ini saya salah anggap tentang Kampung Wakuba".  Lalu dia menjawab" tidak apa ba nak, kalau mau selalu datang kesini cari lah jodoh dengan orang Kampung  wakuba". TErus saya menjawab " saya sudah kahwin ba, ada bini sama anak empat".  Ketawa pulak pakcik tu sambi melihatkan giginya yang sudah kurang dan sedikit hitam..

Tadika

Tadika

Dewan Orang Ramai.


Indah nya Kampung ini, segalanya sudah tersedia. Tadika, Sekolah Rendah dan dewan orang  ramai telah tersedia untuk memudahkan penduduk kampung mencari ilmu dan beriadah di kampung sendiri. Tiang-tiang elektrik pun berdiri dengan megah nya menandakan kampung ini pun mempunyai bekalae elektrik yang sempurna.

Dengan keadaan jalanraya yang terbaik, dengan kemudahan sekolah yang ada , denga dewan orang ramai yang tersergam indah menanti kehadiran pengunjung dan dengan tiang elektrik berdiri dengan megahnya sambil memberikan sumber tenaga untuk penduduk kampung , tidak syak ianya menjanjikan keseronokan bila berkunjung ke Kampung Wakuba Tawau.

Salam dari Bumi Balung.....