Monday, 22 June 2015

Kg Jawa Konsi 10 banjir air !!!

Alhamdudlillah hujan turun dengan lebatnya di Bumi Balung  yang indah ini. Mungkin juga hujan yang membasahi bumi ini menandakan kegembiraan dan kesungguhan bagi penduduk setempat untuk terus berdoa kepada allah  untuk terus memberikan rahmat dan hidayah nya kepada penduduk Balung.


Kampung Jawa Kongsi 10 yang terletak kira-kira 7 batu dari bandar utama Tawau. Dulunya ia diduduki oleh Suku kaum Jawa tapi kini ianya telah diduduki oleh pelbagai kaum seperti Jawa, Bugis, Melayu dan sebagainya. Kampung ini telah wujud sejak tahun 1958.

Seperti Kampung-kampung lain yang ada di daerah Tawau , Kampung ini tidak terlepas dari masalah terutamanya bekalan air bersih. Umum mengetahui air adalah punca segala aktiviti membersih yang dijalan oleh setiap orang. Cuci piring pakai air, mandi pakai air, mengambil wudhu menggunakan air. Menurut orang kampung yang saya temuai, bekalan air sering terputus kadangkala hingga berminggu lamanya. Ini menyukarkan penduduk setempat untuk melaksanakan aktiviti harian masing-masing termasuk memasak dan sebagainya.

Adalah diharapkan pihak yang berwajib agar mengambil berat akan permasalahan ini memandangkan bulan ini adalah bulan ramadhan di mana umat islam menunaikan ibadah puasa yang menjadi kewajupan bagi semua umat islam. Diharapkan juga masalah ini akan selesai dengan sepenuhnya menjelang hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

SAlam dari Bumi Balung.........

Bazaar Ramadhan Taman Sawit Balung

Jam baru menunjukkan pukul 3.30 pm tapi deretan gerai-gerai telah didirikan bagi menyambut pengunjung-pengunjung yang bakal tiba. Asap dari pembakaran arang sudah mula kelihatan, jeritan para peniaga sudah mula kedengaran  dan kesesakkan mula berlaku.

Itulah sedikit suasana yang agak meriah di Bazaar Ramadan Taman Sawit Balung sempena bulan ramadhan yang mulia ini. Pelbagai juadah yang ada untuk untuk di jual untuk para pengunjung yang menggemari kueh mueh dan lauk pauk ala kampung.


Terpancar kepuasan dapat di lihat dari setiap peniaga gerai yang ada, mana tidak nya setiap hari ramai pengunjung yang datang dan membeli belah ataupun membeli juadah untuk berbuka puasa. Jualan tidaklah tertumpuh pada juadah berbuka puasa sahaja, jualan basah seperti ikan dan sayur-sayuran tersediah untuk di jual untuk tujuan persediaan untuk sahur di subuh hari.

Jangan lupa berkunjung ke Bazaar Taman Sawit Balung dan nikmati  jualan juadah berbuka puasa yang perbagai jenis yang terdapat di sana.


Salam ramadhan dari Bumi Balung...........