Saturday, 27 June 2015

BALUNG KINI, "SEMUANYA ADA DI BALUNG ADA DI BALUNG"

Kegembiraan terpancar di setiap riak wajah penduduk Balung kini apabila melihatkan kemajuan yang ada di sekitar Pekan Balung. Di dahului dengan pembinaan sekolah Menengah untuk memudahkan penduduk menimbah ilmu Balung juga mempunyai IPG dan UITM yang tersergam indah dan sedia menerima pelajar yang layak untuk menuntut ilmu di Institusi pengajian tinggi tersebut.





Terbaru pembinaan pembesaran jalanraya Balung dari satu hala ke dua hala sedang di jalankan. Ianya sepanjang hampir lebih kurang 14 kilometer menghubungkan lapangan terbang Tawau dan menghampiri 'check point" Tawau Semporna. Projek ini di jangka siap pada penghujung 2016.






Dengan siapnya  jalanraya dua hala ini nanti ianya akan memberikan keselesaan kepada pengguna jalanraya yang melaluinya. Di samping itu juga pengguna-pengguna jalanraya akan dapat menjimatkan masa perjalanan.  Pengguna akan berasa amat selesa bila menggunakan jalan ini kerana tiada kesesakan. Ianya juga akan memberikan jaminan keselamatan kepada pengguna jalanraya yang menggunakan nya.




Penghargaan juga harus di berikan kepada pihak ADUN Balung kerana berusaha memastikan Balung sentiasa membangun seiring dengan DUN lain yang ada di Sabah. Di samping itu juga adalah di harapkan agar DUN Balung terus maju dan maju dari segi infrastruktur dan kemudahan asas yang lain  untuk memberi keselesaan dan kemudahan kepada penduduk Balung khasnya dan Tawau am nya.





Selamat datang ke Pekan Balung dan berhati-hati semasa memandu...

Salam dari Bumi Balung...............