Malaysia adalah salah sebuah negara yang aman jika di bandingkan dengan negara-negara yang ada di sekelilingnya. Dengan penduduknya perbagai di antaranya Melayu, Cina dan India dan beberapa etnit yang ada di Sabah seperti KAdasan,Dusun, Bajau,Bugis dan sebagainya. Di bulan ramadan yang mulia seperti ini ianya di penuhi dengan amal ibadah seperti bersedekah dan beribadah agar segalanya mendapat keberkatan dari allah S.W.
Saya begitu terharuh dengan keperihatinan yang di tunjukkan oleh sebilangan rakyat Malaysia yang begitu perihatin untuk membantu golongan yang sangat memerlukan. Bukan saja dari segi harta benda tapi bantuan dari sokongan moral juga telah diberikan dan akan diberikan dalam bulan puasa yang mulai ini.
Terlihat aku di mana ianya tersiar di siaran-siaran TV tempatan dimana anak-anak pelarian Rohingya diraikan dalam perbagai majlis berbuka puasa yang di anjurkan oleh pihak-pihak yang begitu perihatin. Bukan saja makan dan minum di sediakan, tetapi kelengkapan pakaian untuk pelarian ini siap di sediakan untuk menyambut lebaran dan kemenangan umat islam menahan nafsu akan di raikan. Mereka ini kebanyakkan nya beragama islam tapi iras wajah mereka sangat berlainan dengan anak-anak yang ada di Malaysia.
Aku teringat kembali akan anak-anak Stateless yang ada di Sabah. Mereka ini adalah lahir dan membesar di negeri Sabah. Mereka hanya memiliki dokumen pengenalan diri seperti "Birth Certificate'" Ataupun lebih glamour dengan panggilan "surat beranak oleh orang-orang Sabah. Yang mengharukan saya mereka ini masih bersatus "Stateless" dan sentiasa lari dan lari dari pihak berkuasa.
Sampai bilakah keadaan ini akan terus berlaku , mereka ini juga pembayar GST dan mereka juga ini yang menggunakan segala kemudahan awan dan sebagainya yang ada di Negeri Sabah. Apakah status kerakyatan mereka? Ini lah persoalan yang sering bermain difikiran saya dan mejoriti penduduk Sabah yang yang begitu perihatin dalam perkara ini.
Kenapakah anak-anak rohingya ditatang bagai minyak yang penuh sedang terang-terang fakta menunjukkan mereka ini pelarian dna kenapa mereka di berikan layanan yang sangat baik jika di bandingkan dengan anak-anak stateless yang ada di Sabah!!.
Seharusnya kerajaan memandang berat akan perkara ini, jika mereka ini diputihkan mungkin mereka boleh di guna pakai sebagai tenaga kerja yang sah dan mereka boleh menyumbang kepada kemajuan dan kemakmuran negara. Daripada mengimpot 1.5 juta tenaga kerja dari Bangladesh ada baiknya stateless ini di gunakan sebagai tenaga kerja yang sah!!.
Apapun di harap pihak kerajaan memandang berat akan perkara ini kerana mereka semangkin bertambah dan jika di biarkan berterusan ianya nanti akan mendatangkan masalah terutama sosial dan ekonomi Malaysia.
Salam dari bumi Balung...