Sunday, 21 June 2015

Malaysia lombong emas warga asing

Seperti biasa di hari sabtu aku akan melewati  jalan Bandar Tawau ke Taman Semarak  untuk mengunjungi keluargaku yang tinggal menetap di sana. Hari ini terasa lain dari yang lain dari hari-hari biasa. Keadaan Jalan agak sesak dengan kenderaan yang lalu lalang, cuacapun agak panas jika di bandingkan dengan hari-hari sebelumnya. Seingat saya sejak tiga puluh tahun jalan inilah yang di gunakan untuk keluar dan masuk Bandar Tawau dan tiada sedikitpun perubahan pada bentu Jalanraya kecuali ada sedikit kawasan yang mengalami runtuhan.
Gambar Hiasan

Hatiku tertanya-tanya bila melihat akan kehadiran ramai orang di Pusat Tahanan Sementara Tawau. Aku mengambil keputusan untuk singgah dan mengetahui keadaan sebenar yang berlaku. Rupa-rupanya ramai yang datang untuk melawat keluarga mereka uyang sedang dalam tahanan. Di bulan ramadhan yang mulia ini juga mereka mengambil kesempatan menghantar juadah untuk berbuka puasa kepada keluarga mereka yang sedang dalam tahanan. Walaupun mereka bergelar tahanan tapi pihak pengurusan PTS memberikan peluang kepada keluarga dan tahanan untuk berjumpa dan seterusnya menikmati hidangan yang di di bawa untuk berbuka.  Tahniah kepada pihak pengurusan kerana masih ada sifat perikemanusiaan tapi semuanya haruslah mengikuti SOP yang di tetapkan oleh pihak PTS Tawau.

Tujuan mereka datang merantau Sabah adalah tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mencari sesuap nasi, datang untuk mencari kelebihan dari segi ekonomi bagi menyara keluarga yang setia menunggu ki kampung halaman mereka. Ada yang sanggup berpisah sehingga 3 ke 4 tahun semata-mata ingin mecari rezeki di Sabah. Tak dapat kugambarkan kerinduan mereka kepada keluarga terutama sekali pada anak-anak yang di tinggalkan! Tak dapat ku gambarkan bagaimana perasaan mereka bilamana terpaksa meninggalkan kampung halaman dan rakan-rakan sebaya untuk mencari sesuap nasi!!

Malaysia seperti umum mengetahui telah menjadi lubuk mencari rezeki ataupun penghidupan bagi negara-negara asia tenggara kecuali Brunei dan Singapura. Jika dari pemerhatian kasar saya Malaysia mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh jika di bandingkan dengan negara-negara Asean yang lain. Mana tidak nya Malaysia menjadi tumpuan dari rakyat negara-negara berkenaan untuk menari penghidupan baru.

Apa yang menjadi kebimbangan sesetengah pihak ataupun rakyat jelata ada pemimpin dan bekas pemimpin yang sangat mementingkan diri sendiri daripada kepentingan negara. Ada pemimpin yang sanggup memburukkan Negara demi agenda peribadi masing-masing. Dimana letaknya sifat  Ke "Petriotisme" mereka. Diusia mereka yang dah senja , diharap mereka memikirkan kepentingan rakyat daripada kepentingan peribadi. Kalau mahu di ajar pun saya rasa tidak perlu kerana mereka lebih memahami apa situasi sebenarnya yang berlaku.

Janganlah kerana kepentingan peribadi akhirnya kepentingan melayu tergadai, jangan lah kerana keegoan diri , akhirnya akhirnya  rakyat yang menjadi mangsa!!

Bak kata pepatah " menang sorak kampung tergadai". "Ayam terlepas tangan berbau tahi"

Salam ari Bumi Balung..........