Saturday, 27 June 2015

BALUNG KINI, "SEMUANYA ADA DI BALUNG ADA DI BALUNG"

Kegembiraan terpancar di setiap riak wajah penduduk Balung kini apabila melihatkan kemajuan yang ada di sekitar Pekan Balung. Di dahului dengan pembinaan sekolah Menengah untuk memudahkan penduduk menimbah ilmu Balung juga mempunyai IPG dan UITM yang tersergam indah dan sedia menerima pelajar yang layak untuk menuntut ilmu di Institusi pengajian tinggi tersebut.





Terbaru pembinaan pembesaran jalanraya Balung dari satu hala ke dua hala sedang di jalankan. Ianya sepanjang hampir lebih kurang 14 kilometer menghubungkan lapangan terbang Tawau dan menghampiri 'check point" Tawau Semporna. Projek ini di jangka siap pada penghujung 2016.






Dengan siapnya  jalanraya dua hala ini nanti ianya akan memberikan keselesaan kepada pengguna jalanraya yang melaluinya. Di samping itu juga pengguna-pengguna jalanraya akan dapat menjimatkan masa perjalanan.  Pengguna akan berasa amat selesa bila menggunakan jalan ini kerana tiada kesesakan. Ianya juga akan memberikan jaminan keselamatan kepada pengguna jalanraya yang menggunakan nya.




Penghargaan juga harus di berikan kepada pihak ADUN Balung kerana berusaha memastikan Balung sentiasa membangun seiring dengan DUN lain yang ada di Sabah. Di samping itu juga adalah di harapkan agar DUN Balung terus maju dan maju dari segi infrastruktur dan kemudahan asas yang lain  untuk memberi keselesaan dan kemudahan kepada penduduk Balung khasnya dan Tawau am nya.





Selamat datang ke Pekan Balung dan berhati-hati semasa memandu...

Salam dari Bumi Balung...............






KSN DAN DATUK TAWFIQ TITINGAN BERSAMA PENDUDUK APAS

Sekali lagi penduduk-penduduk Kampung Batu 15 Jalan Apas Tawau merasa amat bertuah pada kali ini. Sempena bulan ramadan yang penuh dengan keberkatan kali ini Surau Kampung ini sekali lagi mendapat perhatian daripada pemimpin tertinggi negara untuk di kunjungi. Pemimpin yang di maksudkan ialah tidak lain dan tidak bukan ialah Ketua Setiausaha Negara Malaysia Tan Sri Dr. Ali Bin Hamsa. Dalam rangka lawatan rasmi beliau dan dalam kesibukan dan jadual waktu yang sangat padat kesempatan juga di ambil oleh Tan Sri untuk singgah dan beramah mesra dengan penduduk-penduduk setempat. Sempena denga bulan yang berkat ini Tan Sri juga berkesempatan menghulurkan sedikit derma untuk tabung Surau berkenaan.




Kunjungan beliau kali ini di di temani oleh semua kepimpinan tertinggi Barisan Nasional Tawau terdiri dari pada Menteri Belia Dan Sukan Sabah Dtuk Tawfiq Abu BAkar Titingan yang memang sinonim dan di sukai ramai oleh penduduk kampung, Datuk Syed Abas Bin Syed Ali, ADUN Balung, Datuk Mary Yap Timalan Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Hajjah Rosdianah Mohd Said Ketua Wanita Umno Tawau, rombongan AJK Bahagian Tawau, pegawai-pegawai persekutuan  dan orang -orang awam yang tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan Tan Sri KSN Malaysia.




Adalah di harap kan dengan kunjungan julung kalinya daripada KSN Malaysia ianya akan memberikan ledakan pembangunan di daerah Tawau, akan memberikan impak yang besar  kepada sektor awam yang ada di Tawau khasnya dan Sabah am nya, akan memberikan keselesaan dan kepuasan kepada pelanggan yang menggunakan khidmat dari perkhidmatan awam Malaysia.

Tahniah juga kepada kepemimpinan tertinggi Barisan Nasional Tawau terutama Menteri Balia dan Sukan Sabah kerana sudi turun kelapangan, beramah mesra dengan penduduk setempat  dan berkenal-kenalan sambil menghulurkan sedikit sumbangan pada kanak-kanak dan jemaah yang hadir pada malam tersebut.



Tahniah juga kepada pihak pengurusan surau yang selama ini menjalankan tugas dengan sangat baik  bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar dan sempurna dan semoga allah sentiasa memberikan rahmat dan kebahagiaan kepada hambah Allah yang telah memberikan dana dan sumbangan tenaga bagi membina surau untuk kemudahan penduduk kampung menunaikan ibadah dan seterusnya beriadah bersama penduduk setempat.

Semoga allah sentiasa memberikan keberkatan kepada semua umat islam  yang ada di Malaysia dan seluruh dunia..... Amin.

Salam dari bumi Balung............