Majlis Berbuka Puasa Bersama Mahasiwa dan Mahasiswi Bersama Ketua Menteri Sabah Y.A.B Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur.
Dalam keadaan yang sibuk insan ini sempat meluangkan masa dan beramah mesra dengan pelajar-pelajar yang berasal dari kampung halaman nya. Walaupun hanya seketika kerana waktu yang sangat terhad, sempat juga memberikan kata-kata peransang untuk pelajar-pelajar ini meneruskan pengajian taapa sebarang gangguan dari anasir luar yang sentiasa mengambil peluang untuk mengganggu penumpuan pelajar.
Alhamdulillah sempat juga mengambil gambar bersama-sama pelajar yang berasal dari Tawau. Diharap dengan kerendahan hati dan keikhlasan nya dalam mendekati siapa saja akan menjadi pemangkin dan peransang kepada pelajar-pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dan menggenggam segulung ijazah dan kembali ke kampung halaman dan seterusnya mencurahkan bakti, tenaga, kepakaran dan sebagainya dalam memastikan anak bangsa akan terus berdiri sama tinggi dengan bangsa lain.
Tahniah, terimakasih dan salam ramadan.
Salam dari Bumi Balung..............