Monday, 22 June 2015

Kg Jawa Konsi 10 banjir air !!!

Alhamdudlillah hujan turun dengan lebatnya di Bumi Balung  yang indah ini. Mungkin juga hujan yang membasahi bumi ini menandakan kegembiraan dan kesungguhan bagi penduduk setempat untuk terus berdoa kepada allah  untuk terus memberikan rahmat dan hidayah nya kepada penduduk Balung.


Kampung Jawa Kongsi 10 yang terletak kira-kira 7 batu dari bandar utama Tawau. Dulunya ia diduduki oleh Suku kaum Jawa tapi kini ianya telah diduduki oleh pelbagai kaum seperti Jawa, Bugis, Melayu dan sebagainya. Kampung ini telah wujud sejak tahun 1958.

Seperti Kampung-kampung lain yang ada di daerah Tawau , Kampung ini tidak terlepas dari masalah terutamanya bekalan air bersih. Umum mengetahui air adalah punca segala aktiviti membersih yang dijalan oleh setiap orang. Cuci piring pakai air, mandi pakai air, mengambil wudhu menggunakan air. Menurut orang kampung yang saya temuai, bekalan air sering terputus kadangkala hingga berminggu lamanya. Ini menyukarkan penduduk setempat untuk melaksanakan aktiviti harian masing-masing termasuk memasak dan sebagainya.

Adalah diharapkan pihak yang berwajib agar mengambil berat akan permasalahan ini memandangkan bulan ini adalah bulan ramadhan di mana umat islam menunaikan ibadah puasa yang menjadi kewajupan bagi semua umat islam. Diharapkan juga masalah ini akan selesai dengan sepenuhnya menjelang hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

SAlam dari Bumi Balung.........