Mungkin sudah tiba masanya pasukan bola sepak negara di rombak sepenuh nya. Mungkin juga sudah tiba masanya sukan bola sepak di haramkan untuk di main kan di Malaysia. Mana tidak nya hanya kegagalan sahaja yang sering di hidangkan untuk peminat tegar bola di Malaysia.
Semalam sejarah baru bola sepak tercipta di mana Malaysia telah tewas 6 - 0 dengan pasukan yang sedang bergolak dengan peperangan. Di mana kesilapan dan di mana kesalahan sehingga pasukan Malaysia lansung tidak boleh bersaing dengan pasukan antarabangsa hatta dengan pasukan kerdil dengan negara yang baru merdeka seperti Timor Leste!!
Peminat dah mula rasa muak dengan pasukan bola kebangsaan, peminat dah lansung tak berharap dengan pasukan kebangsaan yang ada kini. Mana tidak nya segala program telah di jalankan dari umur 5 tahun dah main bola. Tapi mana hasilnya. Bukan nya juga nak mengalahkan pasukan England dan bukan juga mau bersaing dengan pasukan Brazil tapi setidaknya boleh bersaing dengan Thailand yang seangkatan dengan kita dan boleh dengan mudah mengalahkan Timor leste yang baru mula belajar untuk bermain bola sepak!!!
Apapun , rombaklah pasukan yang ada sekarang, jangan rombak pasukan bola sahaja tapi tukar semua dari A sehingga Z.Mungkin juga baik jika TMJ di berikan peluang untuk berbakti pada pasukan bola Malaysia. Tengok lah apa yang telah di buatnya denga pasukan Johor, walaupun wang di belanjakan berjuta ringgit tapi kita dapat lihat kesan nya pada sukan bola sepak di MAlaysia. Jangan pula belanjakan jutaan ringgit tapi dari hari ke sehari prestasi dan mutu bola sepak negara semangkin merudum....
Salam dari bumi Balung................