Sebagai seorang anak Sabah saya turut tumpang gembira dan merasa amat bangga dengan pencapaian yang di capai oleh Adik Fatin Matsalleh. Mungkin juga seluruh rakyat Sabah dan Malaysia turut sama melahirkan kegembiraan yang sama seperti saya.
Mana tidak nya dalam usia sekecil ini di sudah mampu mengharumkan nama negeri Sabah di dalam sukan di peringkat antarabangsa melalui acara sukan yang di sertai nya. Umum mengetahui Sukan Sea yang sedang berlansung sekarang di Singapura.
Ada atlit yang bertaraf Asia dan dunia yang mengikuti acara-acara yang di pertandingkan. sekalung tahniah juga di ucapkan kepada kedua-dua ibu dan bapa Adik Fatin kerana usahanya melahirkan atlit yang mampu menyumbangkan emas untuk Malaysia. Bukan sesuatu yang mudah dan bukan juga mustahil, tapi hasil kesungguhan dan usaha mereka berjaya. Di beritakan juga ibu dan bapa adik Fatin menanggung perbelanjaan sendir untuk datang ke Singapura untuk memberikan sokongan moral kepada anaknya yang bertanding.
Satu kebanggaan juga kerana Menteri Belia dan Sukan Sabah iaitu Datuk Tawfiq datang sendiri memberikan sokongan moral kepada atlit Sabah yang sedang bertanding. Alhamdulillah..
Apapun mencipta kejayaan bukan lah mudah, ianya perlukan pengorban dari semua pihak, tapi bukan lah sesuatu yang mustahil untuk berjaya dalam sukan , asal saja atlit mempunyai kesungguhan dan disiplin yang tinggi segalanya tidak mustahil.
Tahniah untuk adik Fatin Matsalleh kerana kejayaan nya lagu Negaraku di kumandangkan sebanyak tiga kali dan tahniah juga kepada Menteri belia dan Sukan Sabah kerana hadir di lokasi dan yang paling istimewa sekali Datuk dapat mengalungkan pingat emas yang di menangi seterus nya sama-sama berdiri tegak mendengar lagu Negaraku yang di kumandangkan.
Tahniah.... Tahniah.... Tahniah...
Salam dari bumi Balung